PROLOG ;
Leyla menarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembus dengan perlahan. dia cuba bernafas dengan elok. dia tidak ingat berapa lama dia menangis. dia menekan dadanya. terasa sakit bila menarik nafas. dia cuba lagi menarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembus dengan perlahan. dia cuba memenangkan hatinya. matanya kembali pada tempat yang sama. dia melihat satu persatu batu nisan yang berada dihadapannya. jelas kelihatan nama di setiap batu nisan di situ. dadanya kembali sesak. sakit yang teramat sangat bila teringat manusia empunya nama. satu persatu.
" kenapa....kau...ambik diorang....semua?" leyla berkata perlahan sambil teresak esak.
leyla mengenggam hujung baju kurungnya. dia meraung sekuat hati. dia menumbuk perlahan dadanya terasa sesak ketika itu. dia mempersoal hatinya. kenapa, kenapa dan kenapa. bukan seorang, tapi seluruh keluarganya hilang serentak sekali. mereka pergi meninggalkan leyla. fikiran leyla teringat muka satu persatu ahli keluarganya. mama, abah, tiga orang adik perempuan leyla, seorang adik lelaki leyla. dalam masa yang sama fikirannya terimbas kembali kenangan manis dan pahit sepanjang leyla bersama keluarga.
" mama...abah....adik...semua....!!! balik lah semula!!! leyla takde sape kat sini dah.....!!!!" jerit leyla.
dia cuba mengorek kubur mamanya tapi dihalang makcik dan pakcik disitu. masing-masing suruh leyla mengucap dan bawa bertenang tetapi leyla makin meronta dan mengganas. dia menepis semua orang yang halang leyla ketika itu. dan tiba tiba, badan leyla ditarik dan dipeluk sekuat hati oleh seseorang.
" leyla...enough" jerit pakcik leyla.
encik adam memeluk leyla sekuat hati. leyla meronta untuk lepaskan diri. encik adam makin erat memeluk leyla dan terus memegang kedua dua tangan leyla. dia cuba memenangkan leyla. leyla terus meronta untuk dilepaskan. matanya tidak lepas memandang kubur keluarganya. orang ramai yang berada disitu turut menangis melihat leyla dalam keadaan begitu. mereka kasihankan nasib leyla yang menjadi anak yatim piatu.
Dalam masa dia cuba melawan kudrat tenaga seorang lelaki, akhirnya dia tewas dan kakinya terus terasa lemah untuk terus berdiri. encik adam perlahan-lahan duduk bersama leyla. leyla terus menangis dan meraung. dia menyandar kepalanya di bahu encik adam. encik adam mengusap perlahan kepalanya yang terlindung dengan selendang cream yang dipakai oleh leyla. encik adam turut bersimpati mengenangkan nasib anak buahnya itu. dia melihat kubur abang dan kakak iparnya. dia cuba mengawal perasaannya dari menangis.
" shh... you're gonna be okay leyla. " bisik encik adam perlahan.
leyla teresak-esak dalam pelukan pakciknya. dia cuba mengangkat kepalanya. tetapi kepalanya rasa berat. dadanya sakit dan makin sesak. dia cuba melihat sekeliling. penglihatannya makin kabur. dia memegang lengan pakciknya.
"pakcik..."
leyla terus pengsan. encik adam tersentak.
"leyla, hey leyla!!" panggil encik adam sambil mengoncang tubuh leyla. dia memanggil nama anak buahnya beberapa kali. tetapi tiada respon darinya.
"leyla pengsan. tolong saya cepat" jerit encik adam. orang ramai kerumun di situ untuk menolong encik adam dan leyla. ada seorang lelaki menawarkan diri untuk menghantar leyla ke hospital menggunakan keretanya kerana kereta berdekatan dengan kubur disitu.
encik adam mengangguk dan terus mengangkat leyla. langkahnya terus laju mengikut lelaki yang ingin menolongnya itu. orang ramai juga turut mengikut untuk memudahkan urusan encik adam dan leyla. dalam pada mereka tidak sedar, ada seseorang memerhatikan gelagat dan tingkah laku leyla dan encik adam dari jauh.


No comments:
Post a Comment